Friday, July 23, 2010

Al - Kisah Gula Oh Gula ( sr.2 )


Shahdan arakaian maka hatta tatkala itu, walaupun krisis gula telah berakhir beberapa hari ini adanya namun sahya hamba rakyat jelata pula tidaklah berpanjangan gumbiranya ... manakan apa tidaknya di sana sini ke sana ke mari ke mana sahaja pergi ke darat ke baruh ke sungai ke laut , ke denai ke udara, semua menjadi denai2 laluan sukar berliku berduri mengait robek carik di sana - sini... apa dah jadi??? mana subsidi kami??? semalam minum kopi di gerai bayar RM 1.00 masih berbaki.. hari ni dah tak berbaki lagi...semalam makan kuih koci besar2 penuh berinti... hari ni dah tinggal "besar ibu jari "... mana dia janji2... tapi tak apa... hamba rakyat jelata ini ramai yang tak peduli.. ramai yang simpati ... nak buat macamana lagi.. tak apalah memanda menteri .. ini masalah ekonomi... ini "pelarasan susidi" ini nak mengajar hamba sahya rakyat jelata " berdikari ", ini nak bantu negara dan negeri dari " al - muflisi ".... kalau kita hamba rakyat jelata tak tolong negara dan negeri kita ini, nak harap pada siapa lagi.. ada baiknya lagi kencing manis kami turun lagi... darahpun dah tak tinggi... siang malam kami menanti...bila nak "selaras harga" lagi.... gumbiranya hati kami hamba sahya rakyat jelata ini ..... tahniahlah kepada tuan hamba wahai memanda menteri....




Ke mana pergi subsidi kami? (Puisi Dr Maza)

Petikan dari http://drmaza.com/

Thursday, July 22, 2010


kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di
kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Monday, July 19, 2010

Al - Kisahnya Gula Oh Gula.....

Maaf !!!Gula Habis!!!!!!!!!!!


Krisis gula di kebanyakan negeri dan daerah telah berlaku berbulan - bulan lamanya. Pelbagai alasan yang diberikan oleh peniaga - peniaga tak kira di pasaraya besar, mini market, kedai2 di bandar bahkan apatah lagi kedai runcit kecil di kampung2. Alasan yang sinonim dgn mereka ialah... " Bekalan Gula Habis ", " Pembekal Tak Hantar Gula " dan macam2 lagi... Krisis gula ini telah menyebabkan orang ramai dan peniaga2 makanan keresahan dan tertanya - tanya... bila krisis gula akan tamat.... apatah lagi terdapat sebilangan peniaga yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dalam krisis ini.

tak percaya ke??? ini bukti gula habis!!!


Ada yang menaikkan harga gula, ada yang mengenakan syarat mesti berbelanja RM 100.00 ke atas di kedainya baru boleh membeli gula... ada yang menghadkan pembelian hanya dibenarkan utk 1 kilogram shj seorang dan macam2 lagi... di pihak kerajaan pula menafikan fenomena krisis gula ini... tetapi realitinya itulah yang berlaku saban hari... keresahan ini lagi membelenggu orang ramai terutama umat Islam yang bakal menyambut ketibaan Bulan Ramadhan yang tak samapai sebulan sahaja lagi munculnya...


gula mula penuh di setiap permis jualan

Al Kisah adapun sebermulanya cerita pada malam tanggal 15 Julai 2010 maka semua persoalan inipun mulalah terjawab.... Arakian adanya maka memanda PM Satu Malaysiapun mengumumkan selepas jam 12.00 tgh malam ini maka wahai rakyat jelataku sekelian adalah dimaklumkan bahawasanya "Al - Gula" akan diselaraskan harganya sebanyak RM 0.25 sen sahaja adanya... bersama beberapa pelarasan bahan bakar yang lain seperti petrol dan gas mentah... maka wahai rakyat jelataku sekelian.. janganlah kamu bergundah gulana,,,,,, maka sasungguhnya ini bukanlah bermakna bahawa harga barang terutama " Al - Gula " naik... tatapi " pelarasan harga "....
Maka hatta tatkala itu, pada kaesokan diniharinya maka bertempik soraklah bergumbira sakalian rakyat jelata karana di semua pasaraya besar, mini market, kedai2 runcit di bandar dan desa tiba2 turun dari langit yang ke tujuh satalah meredah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi,,, maka beribu - ribu kati dan berjuta - juta tahil " Al - Gula " tiba disinggahsana dan bersemayam di rak - rak dan "pangkin2 " jualan mereka adanya yang selama berpurnama ini kegersangan dengan " Al - Gula " adanya..... syukurrrrrrrrrrrr " Al - Gula " telah ada... banyak mana mau belipun boleh!!!!!!!!........ begitulah jua adanya Al - Kisahnyaaaaa....

aduyyaaiiiii... ape maknenye nih!!!!!


Wednesday, July 14, 2010

Renungan 2 Syaaban 1431H

Syaa'ban Menjelma Lagi

Pejam celik pejam celik tak sedar bulan Syaaban telah muncul... sempena dengan kemuliaan bulan ini marilah kita tingkatkan amal dan mendapatkan seberapa banyak fadhilat di bulan ini..


Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:

”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari)

Huraian

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang- orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi, seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."




ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


iii. Bertaubat


iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Waallahhu A'klam...

Monday, July 12, 2010

KEJOHANAN TAE KWON - DO NEGERI PAHANG

Gambar - Gambar Kenangan Sekitar Kejohanan Tae Kwon - Do Sekolah - Sekolah Pahang 2010



Kejohanan Tae Kwon - Do Sekolah - Sekolah Pahang merupakan acara kemuncak di peringkat negeri yang memang menguja setiap ahli TKDO Pahang. Kejohanan tahunan kali ini telah dijalankan pada 10 hingga 11 Julai 2010 di ruang legar Kuantan Parade dengan disertai lebih 500 peserta dari 50 buah sekolah2 negeri Pahang. Pelbagai kategori acara yang dipertandingkan iaitu Acara Individu Pattern, Team Pattern, Mix Couple Black Belt Pattern, Individu Free Sparing, Team Free Sparring dan beberapa acara khas bagi kategori Black Belt 1st To 3rd Dan. Kejohanan ini bertambah meriah lagi dengan kehadiran Tokoh TKDO Dunia yang tidak asing lagi di Malaysia YBHG. Grand Masters Dato' Prof. Dr. Sabree Salleh yang merupakan Pengasas dan Penasihat kepada TKDO di Malaysia.



Kejohanan pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan prestasi sekolah - sekolah dari Muadzam Shah dengan pencapaian yang amat membanggakan dengan merangkul 15 Pingat Emas, 32 Perak dan 13 Gangsa, sekaligus mengharumkan nama Daerah Rompin untuk tahun ini. Peserta - peserta juga berbangga kerana Pegawai Daerah Rompin ( DO ), Dato' Roslan telah sudi hadir ke kejohanan ini pada hari kedua dan diberikan penghormatan menyampaikan pinggat2 kemenangan kepada peserta2 Daerah Rompin.


Juruacara Rasmi Kejohanan ( dr 1998 - 2010 ) namapaknya tetap dan berpencen la jwtn ni...



Pendaftaran peserta sebelum beraksi acara Free Sparring


Kemenangan dlm pusingan ke empat bg peserta SK. Bukit Ibam



N. Johan Free Sparring bwh 12 thn ( SK. Bukit Ibam )


Tempat Ketiga Dan N. Johan Free Sparring bwh 15 thn ( SMA Bukit Ibam )


Ketiga dan N. Johan Free Sparring bwh 17 thn ( SMA Bukit Ibam )


Johan dan N. Johan Open Team Sparring ( SMA Bukit Ibam )


Johan dan N. Johan Open Team Sparring ( SMA Bukit Ibam ) serta Ketiga ( SMT Muadzam Shah )

Friday, July 9, 2010

Isu Bulan Rejab ( sr 2 )

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Ada orang kata ini rupa sebenar tunggangan Nabi yang bernama al Buraq. Jangan percaya kerana ia adalah tidak sahih disebabkan tidak ada dalil-dalil yang kukuh mengatakan sedemikian

Petikan dari kuliah dan pengajian:

USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM AL BEIRUTI

fa_him@hotmail.com 0199181278

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ada-Nya tanpa berhajat kepada tempat dan arah, Dia tiadak berada di bumi, di langit,di arash dan Dia juga tidak berada di mana-mana dengan zat-Nya. Inilah akidah umat Islam yang dipegangi oleh para anbiyak dan awliyak.

Selepas kita melalui perbincangan pasal keganasan gerakan militan dan pelampau Wahhabi di bumi Islam, marilah kita berehat sebentar dengan menyambut Israk dan Mikraj. Insya Allah selepas ini kita akan sambung semula isu keganasan Wahhabi dan jangan lupa juga isu Hizbu Tahrir yang sekarang rancak menyebarkan ajaran sesat mereka di tanah air kita.

Firman Allah yang berbunyi:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maknanya: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat_Surah israk, ayat:1)

Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis yang sahih tentang mukjizat al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Makkah ke Palestin.

Al-Mikraj adalah sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.

BEBERAPA PERKARA ANEH YANG DISAKSIKAN OLEH RASULULLAH KETIKA ISRAK:

1-Dunia dalam bentuk seorang wanita tua.

2-Iblis laknatullahialaihi.

3-Mashitah tukang sikat rambut anak perempuan firaun.

4-Para mujahid di jalan Allah.

5-Penyebar fitnah.

6-Orang yang meninggalkan solat.

BEBERAPA KEAJAIBAN YANG DILIHAT OLEH BAGINDA KETIKA AL MIKRAJ:

1-Penjaga neraka.

2-Albaitul Makmur.

3-Sidratulmuntaha

.4-Syurga.

5-Al arasy.

Berkaitan dengan arasy, saidina Ali telah berkata:

‘sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukan menjadikannya sebagai tempat untuk zatNya (diriwayatkan oleh Abu Mansur Al-Baghdad).Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan kewujudanN-ya tanpa memerlukan tempat.

Alangkah buruknya tohmahan yang dilemparkan olehWahhabiah yang mendakwa Allah Ta’ala duduk atau bersemayam di atas arasy tetapi duduk atau bersemayamNya bukan seperti kita.Dimanakah letaknya akal mereka?Bagaimanakah Allah Ta’ala duduk di atas sesuatu yang telah diciptakan-Nya?Bukankah sifat ‘duduk’ atau ‘bersemayam’ adalah salah satu daripada sifat makhluk,dan semestinya yang duduk berhajat kepada tempat untuk didudukinya.Kesimpulannya di sini mustahil bagi Allah Ta’ala menyerupai makhluknya.

Firman Allah Ta’ala:

‘Tidak ada sesuatupun yang menyerupainya’. Dan telah berkata Imam Tohawi ‘sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia maka dia telah kufur (kafir).

Perkara yang paling mashur dalam peristiwa Israk dan Mikraj ialah difardhukan solat lima waktu.Dalam peristiwa ini, telah menjadi dalil bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa para nabi dan wali boleh berinteraksi dan memberi syafaat selepas kewafatan mereka.

Nabi Musa alaihissalam sudah lama wafat sebelum kelahiran Nabi Muhammad,tetapi Nabi Musa boleh berinteraksi dengan orang yang masih hidup walaupun dia sudah wafat sekian lama. Hal ini menunjukkan bahawa orang yang telah mati di dalam agama Islam boleh memberi manfaat kepada orang yang masih hidup.Bukankah Nabi Musa telah memberi manfaat kepada umat Muhammad?Oleh sebab inilah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berpendapat bahawa harus dan tidak syirik orang yang bertawassul samaada bertawassul dengan orang yang telah hidup ataupun orang yang telah mati.Bukankah nabi kita sendiri yang telah mengajar sahabatnya agar bertawassul sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Thobarani dalam dua kitabnya: Al-Mukjam Al-Kabir dan Al-Mukjam Al-Soghir. Alangkah jahilnya mereka contohnya seperti golongan Wahhabi yang bertopengkan dengan nama Salafi mengatakan bahawa Tawassul itu adalah diantara sebesar-besar unsur syirik dan dengan secara tidak langsung mengikut pandangan mereka (wahhabi) yang melarang perbuatan Tawassul bahawa Nabi telah mengajar satu amalan syirik kepada sahabat baginda wal iyazubillah min zalik.Memadailah dengan kita berhujah dengan amalan imam kita yang paling masyhur iaitu Imam Syafie yang pernah bertawassul dengan Imam Abu Hanifah selepas kewafatan beliau untuk menyangkal pandangan Wahhabi tersebut, sepertimana yang disebut oleh Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad.

Peristiwa Al-Israk dan Al-Mikraj adalah salah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah Ta’ala.Dalam peristiwa Al-Israk Dan Al-Mikraj solat lima waktu difardhukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa dan baginda menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah Ta’ala supaya dikurangkan solat yang asalnya difardhukan 50 solat kepada lima solat.Hasilnya ialah setiap solat itu mendapat 10 ganjaran.Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu dari segi ganjarannya.

Untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj, maka dapatlah segera buku ini:

Terbitan :
PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID SDN. BHD
No 54 Jln SBC 3, Tmn Sri
Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-6184
2641
Faks : 03 6184 2671
Atau hubungi:
1. Saudara Khairul (Shah Alam)
016 3306300
2. Saudara Humaidi (Shah Alam)
019 6054234
3- Pejabat PKPIM: 036184228

Betapa Bangganya Kita????




Renungan Pagi Jumaat

Respons 'Hukum Tengok Bola' tulisan Dr Haji M.Taufiq Q. Hulaimi...


Penulis bukanlah anti sangat kepada bola ni.... Tapi ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius.

Apabila ada kejuaraan berkaitan dengan bola sepak, biasanya seluruh dunia akan berikan tumpuan. Isu-isu lain sebesar mana sekalipun akan dilupakan barang seketika. Umat Islam juga akan turun ke kedai kopi memberikan sokongan, walaupun negara mereka tak bertandingpun.

Kadang-kadang mereka lupa negara yang mereka sokong itu suatu ketika dahulu pernah menjajah mereka. Mereka lupa Portugal pernah meruntuhkan kerajaan Islam Melaka pada 1511. Mereka lupa Portugislah yang telah memasukkan agama Kristian di Tanah Melayu. Mereka lupa Belanda pernah merampas tanah umat Islam di banyak negara Islam. Mereka lupa Inggeris telah menyembelih berpuluh-puluh rakyat Malaya (1948) di Batang Kali, membunuh Tuan Guru Haji Mohd Hasan (Tok Janggut) dan menghalau Tuan Guru Hj Abd Rahman Limbong.

Tanpa menoleh kepada catatan sejarah, mereka dengan lahap bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan bila pasukan England, Portugal atau Belanda berjaya menyumbat gol.

Mesir sebagai contoh, apabila tv siarkan perlawanan bola sepak maka jalan raya akan menjadi lengang dek kerana ramai yang berkerumun depan tv, termasuklah driver-driver teksi yang biasanya menghuru-harakan jalan raya.

Mereka lupa bola sepak kini adalah terlalu kotor (atau dikotorkan) dengan pelbagai perkara sampingan seperti perjudian, arak, pemujaan dan lain-lain.

Syarikat pengeluar minuman keras menjadi salah satu penaja utama. Maka dicetaklah beribu-ribu jersi berlogo minuman berkenaan lalu anak-anak muda kita yang beragama Islam berbangga memakainya tanpa ada rasa salah.

Begitu juga dengan jersi negara-negara yang terlibat, khususnya negara-negara Barat. Kebanyakan mereka menjunjung lambang salib Kristian di atas logo pasokan mereka. Lebih dari itu ada pasukan yang menjadikan syaitan sebagai ikon dan maskot dalam logo mereka....

Lantas anak-anak muda kita tanpa segan silu memakai baju-baju berkenaan... Fikir-fikirkanlah....







.

Thursday, July 8, 2010

Malang Tak Berbau

Sumber Dari Sinar Harian 7 Julai 2010

BENTONG 7 Julai - Hasrat sekumpulan empat puluh orang peneroka dan kakitangan Felda dari Wilayah Jengka untuk menghadiri Hari Peneroka di Maktab Rendah Sains Mara, Trolak, Perak, tidak kesampaian apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. Kemalangan di Kilometer 48.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada pukul 1.45 pagi itu berlaku apabila bas terbabit terlanggar belakang sebuah treler membawa muatan besi semasa melalui jalan tersebut. Berikutan itu, empat penumpang parah termasuk pemandu bas, K. Surenthiran, 21, yang patah kedua-dua belah kaki dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Seramai dua belas orang lagi penumpang mengalami cedera ringan dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Bentong.

Wednesday, July 7, 2010

Pegangan Syi'ah Tentang Bulan Rejab

Kelebihan Rejab Berdasarkan Kitab-Kitab Syi’ah(Jangan terkeliru)

Kita sering mendengar pelbagai kelebihan khusus berkenaan bulan Rejab sama ada kelebihan berpuasa, amalan sunat, kelebihan malam-malam tertentu seperti malam dua puluh tujuh Rejab dan sebagainya. Namun begitu apakah kita semua mengetahui dari manakah punca kelebihan tersebut dan apakah yang menyebabkan bulan tersebut begitu istimewa sehingga hampir pasti menenggelamkan keistimewaan bulan Ramadhan yang merupakan bulan paling mulia di sisi kita.


Bulan Rejab sebenarnya merupakan antara bulan istimewa di sisi ajaran Syi’ah bahkan mungkin bulan paling utama di sisi mereka. Pelbagai kelebihan dinukilkan di dalam kitab-kitab utama mereka tentang kelebihan setiap malam dan amalan berkaitan dengannya kecuali beberapa malam sahaja kerana ia berkebetulan dengan peristiwa sedih di sisi mereka seperti malam kedua puluh
lima kerana ia adalah malam kematian Imam Musa al-Kazim. Mereka mengisi bulan tersebut dengan pelbagai amalan sebagaimana kita Ahlus Sunnah mengisi bulan Ramadhan dengan pelbagai amalan sunat.

Apa yang dibimbangi ialah kita dalam keadaan tidak sedar sebenarnya mempromosi ajaran yang lain supaya ia tidak begitu susah untuk menyelinap masuk ke dalam masyarakat Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Kelebihan Bulan Rejab Di Dalam Kitab-Kitab Syi’ah.

Antara kelebihan Rejab yang terdapat di dalam kitab-kitab Syi’ah:


روى أبان بن عثمان، عن كثير النوا عن أبي عبدالله عليه
السلام قال: " إن نوحا عليه السلام ركب السفينة أول يوم من رجب فأمر عليه السلام من معه أن يصوموا ذلك اليوم، وقال: من صام ذلك اليوم تباعدت عنه النار مسيرة سنة، ومن صام سبعة أيام أغلقت عنه أبواب النيران السبعة، ومن صام ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنان الثمانية، ومن صام خمسة عشر يوما أعطي مسألته، ومن زاده زاده الله عزوجل .

Aban bin Uthman meriwayatkan daripada Kathir bin al-Nawa daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Sesungguhnya Nuh a.s. menaiki bahtera pada hari pertama Rejab lalu baginda memerintahkan orang yang menaiki bersamanya supaya berpuasa pada hari tersebut sambil berkata: “Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan dijauhkan api neraka daripadanya selama setahun perjalanan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari (bulan Rejab) akan ditutup ketujuh-tujuh pintu neraka daripadanya dan sesiapa yang berpuasa lapan hari akan dibuka kepadanya kelapan-lapan pintu syurga untuknya. Sesiapa yang berpuasa selama lima belas hari akan diberikan segala permohonannya dan sesiapa yang menambahkan bilangan harinya Allah akan menambahkan untuknya (ganjaran)”[1]

وقال أبوالحسن موسى بن جعفر عليهما السلام: " رجب نهر في الجنة أشد بياضا من اللبن، وأحلى من العسل، فمن صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر ".

Abu al-Hasan Musa bin Ja’far a.s. berkata: “Rejab adalah satu sungai di dalam syurga[2] yang lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai tersebut”.[3]

وقال أبوالحسن موسى بن جعفر عليهما السلام: " رجب شهر عظيم يضاعف الله فيه الحسنات، ويمحو فيه السيئات، من صام يوما من رجب تباعدت عنه النار مسيرة سنة، ومن صام ثلاثة أيام وجبت له الجنة ".

Abu al-Hasan Musa bin Ja’far a.s. berkata: “Rejab adalah bulan agung. Allah melipat gandakan kebaikan-kebaikan padanya dan Allah menghapuskan keburukan-keburukan padanya. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab akan dijauhkan api neraka daripadanya sejauh setahun perjalanan dan sesiapa yang berpuasa selama tiga hari wajiblah syurga untuknya”.[4]

Amalan Di Bulan Rejab.

Malam-malam Rejab dihiasi dengan pelbagai amalan di sisi Syi’ah. Satu contoh sahaja akan dikemukakan di sini iaitu amalan pada malam kedua puluh tujuh:

Malam kedua puluh tujuh merupakan malam yang diberkati kerana ia adalah malam kebangkitan Nabi s.a.w. sebagai rasul. Terdapat beberapa amalan khusus pada malam ini. Diriwayatkan daripada Abi Ja’far al-Jawad a.s. katanya: “Sesungguhnya pada bulan Rejab terdapat satu malam yang paling baik untuk manusia iaitu malam kedua puluh tujuh. Orang yang beramal pada malam tersebut dari kalangan Syi’ah kita akan memperolehi pahala amalan selama enam puluh tahun”. Beliau ditanya: “Apakah amalan tersebut? Lalu dijawab: “Bila engkau telah selesai sembahyang isya’ tidurlah seketika kemudian bangunlah pada mana-mana waktu sebelum tengah malam dan sembahyanglah sebanyak dua belas raka’at. Bacalah pada setiap raka’at al-Fatihah dan surah yang ringkas”.[5]

Seterusnya dikemukakan doa untuk dibacakan selepas sembahyang tersebut.

Di antara amalan pada malam tersebut ialah:

1. Mandi sunat.

2. Berdoa sebanyak mungkin dan pohonlah apa jua hajat yang terlintas di hati kerana doa pada malam tersebut diperkenankan.

3. Ziarah atau membaca doa ziarah Amir al-Mukminin Ali bin Abi Thalib a.s. dan ini adalah amalan paling utama malam tersebut.

4. Memperbanyakkan zikir selepas tengah malam atau satu pertiga malam dengan zikir ini:

لا اِلـهَ إلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ عَلَيٌّ وَليُّ اللهِ

Di dalam kitab tersebut juga disebutkan tentang perjalanan Ibnu Bathuthah yang dinamakan Rehlah Ibnu Bathuthah dan beliau juga turut melakukan ziarah Amir al-Mukminin pada malam tersebut di Najaf.[6]

Demikian sebahagian kecil berkenaan kelebihan bulan Rejab di sisi Syi’ah yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Sebagai peringatan kepada orang yang suka untuk melakukan ibadat secara khusus pada bulan-bulan tertentu hendaklah berhati-hati sekiranya amalan tersebut tidak terdapat di dalam mana-mana riwayat sahih di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah. Apatah lagi bilamana rupa-rupanya ia terdapat dengan jelas dalam kitab muktabar golongan sesat. Kecuaian di dalam meneliti amalan-amalan tersebut dibimbangi akan menyebabkan kita beramal dengan sesuatu amalan yang merupakan kelebihan kepada golongan tertentu yang sebenarnya mahu memesongkan kita daripada amalan Islam yang sebenar yang diwarisi daripada Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya r.a.



[1] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 92, Syeikh Al-Mufid Tahzib al-Ahkam jil. 4 hal. 307. Kedua-dua kitab ini merupakan antara kitab paling sahih di sisi Syi’ah dan termasuk dalam kategori kitab yang dinamakan Sihah al-Arba’ah (empat kitab sahih).

[2] Di sisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah berdasarkan riwayat-riwayat sahih yang terdapat di dalam kitab-kitab hadith seperti Sahih al-Bukhari, Muslim dan lain-lain sungai di dalam syurga ialah al-Kauthar.

[3] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 93, Syeikh Al-Mufid Tahzib al-Ahkam jil. 4 hal. 307.

[4] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 93

[5] Mafatih al-Jinan Bab Malam Kedua Puluh Tujuh Bulan Rejab.

[6] Lihat kitab yang sama di dalam bab yang sama.

Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2913 --------------------------------------------------------------------------------

Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?

Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).