Thursday, July 8, 2010

Malang Tak Berbau

Sumber Dari Sinar Harian 7 Julai 2010

BENTONG 7 Julai - Hasrat sekumpulan empat puluh orang peneroka dan kakitangan Felda dari Wilayah Jengka untuk menghadiri Hari Peneroka di Maktab Rendah Sains Mara, Trolak, Perak, tidak kesampaian apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. Kemalangan di Kilometer 48.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada pukul 1.45 pagi itu berlaku apabila bas terbabit terlanggar belakang sebuah treler membawa muatan besi semasa melalui jalan tersebut. Berikutan itu, empat penumpang parah termasuk pemandu bas, K. Surenthiran, 21, yang patah kedua-dua belah kaki dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Seramai dua belas orang lagi penumpang mengalami cedera ringan dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Bentong.

No comments:

Post a Comment