

Blog ini hanyalah merupakan luahan rasa, pandangan dan catatan pengalaman peribadi penulis sahaja. Tiada kebitaraan dalam blog ini. Setiap entry hanya untuk suka - suka ..... Terima kasih kepada sesiapa yang sudi mengikuti dan berkongsi entry di blog ini.... - End Be Zack's -


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maknanya: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat_Surah israk, ayat:1)
Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis yang sahih tentang mukjizat al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Makkah ke Palestin.
Al-Mikraj adalah sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.
BEBERAPA PERKARA ANEH YANG DISAKSIKAN OLEH RASULULLAH KETIKA ISRAK:
1-Dunia dalam bentuk seorang wanita tua.
2-Iblis laknatullahialaihi.
3-Mashitah tukang sikat rambut anak perempuan firaun.
4-Para mujahid di jalan Allah.
5-Penyebar fitnah.
6-Orang yang meninggalkan solat.
BEBERAPA KEAJAIBAN YANG DILIHAT OLEH BAGINDA KETIKA AL MIKRAJ:
1-Penjaga neraka.
2-Albaitul Makmur.
3-Sidratulmuntaha
.4-Syurga.
5-Al arasy.
Berkaitan dengan arasy, saidina Ali telah berkata:
‘sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukan menjadikannya sebagai tempat untuk zatNya (diriwayatkan oleh Abu Mansur Al-Baghdad).Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan kewujudanN-ya tanpa memerlukan tempat.
Alangkah buruknya tohmahan yang dilemparkan olehWahhabiah yang mendakwa Allah Ta’ala duduk atau bersemayam di atas arasy tetapi duduk atau bersemayamNya bukan seperti kita.Dimanakah letaknya akal mereka?Bagaimanakah Allah Ta’ala duduk di atas sesuatu yang telah diciptakan-Nya?Bukankah sifat ‘duduk’ atau ‘bersemayam’ adalah salah satu daripada sifat makhluk,dan semestinya yang duduk berhajat kepada tempat untuk didudukinya.Kesimpulannya di sini mustahil bagi Allah Ta’ala menyerupai makhluknya.
Firman Allah Ta’ala:
‘Tidak ada sesuatupun yang menyerupainya’. Dan telah berkata Imam Tohawi ‘sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia maka dia telah kufur (kafir).
Perkara yang paling mashur dalam peristiwa Israk dan Mikraj ialah difardhukan solat lima waktu.Dalam peristiwa ini, telah menjadi dalil bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa para nabi dan wali boleh berinteraksi dan memberi syafaat selepas kewafatan mereka.
Nabi Musa alaihissalam sudah lama wafat sebelum kelahiran Nabi Muhammad,tetapi Nabi Musa boleh berinteraksi dengan orang yang masih hidup walaupun dia sudah wafat sekian lama. Hal ini menunjukkan bahawa orang yang telah mati di dalam agama Islam boleh memberi manfaat kepada orang yang masih hidup.Bukankah Nabi Musa telah memberi manfaat kepada umat Muhammad?Oleh sebab inilah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berpendapat bahawa harus dan tidak syirik orang yang bertawassul samaada bertawassul dengan orang yang telah hidup ataupun orang yang telah mati.Bukankah nabi kita sendiri yang telah mengajar sahabatnya agar bertawassul sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Thobarani dalam dua kitabnya: Al-Mukjam Al-Kabir dan Al-Mukjam Al-Soghir. Alangkah jahilnya mereka contohnya seperti golongan Wahhabi yang bertopengkan dengan nama Salafi mengatakan bahawa Tawassul itu adalah diantara sebesar-besar unsur syirik dan dengan secara tidak langsung mengikut pandangan mereka (wahhabi) yang melarang perbuatan Tawassul bahawa Nabi telah mengajar satu amalan syirik kepada sahabat baginda wal iyazubillah min zalik.Memadailah dengan kita berhujah dengan amalan imam kita yang paling masyhur iaitu Imam Syafie yang pernah bertawassul dengan Imam Abu Hanifah selepas kewafatan beliau untuk menyangkal pandangan Wahhabi tersebut, sepertimana yang disebut oleh Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad.
Peristiwa Al-Israk dan Al-Mikraj adalah salah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah Ta’ala.Dalam peristiwa Al-Israk Dan Al-Mikraj solat lima waktu difardhukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa dan baginda menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah Ta’ala supaya dikurangkan solat yang asalnya difardhukan 50 solat kepada lima solat.Hasilnya ialah setiap solat itu mendapat 10 ganjaran.Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu dari segi ganjarannya.
Untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj, maka dapatlah segera buku ini:





Kita sering mendengar pelbagai kelebihan khusus berkenaan bulan Rejab sama ada kelebihan berpuasa, amalan sunat, kelebihan malam-malam tertentu seperti malam dua puluh tujuh Rejab dan sebagainya. Namun begitu apakah kita semua mengetahui dari manakah punca kelebihan tersebut dan apakah yang menyebabkan bulan tersebut begitu istimewa sehingga hampir pasti menenggelamkan keistimewaan bulan Ramadhan yang merupakan bulan paling mulia di sisi kita.
Bulan Rejab sebenarnya merupakan antara bulan istimewa di sisi ajaran Syi’ah bahkan mungkin bulan paling utama di sisi mereka. Pelbagai kelebihan dinukilkan di dalam kitab-kitab utama mereka tentang kelebihan setiap malam dan amalan berkaitan dengannya kecuali beberapa malam sahaja kerana ia berkebetulan dengan peristiwa sedih di sisi mereka seperti malam kedua puluh
Apa yang dibimbangi ialah kita dalam keadaan tidak sedar sebenarnya mempromosi ajaran yang lain supaya ia tidak begitu susah untuk menyelinap masuk ke dalam masyarakat Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Kelebihan Bulan Rejab Di Dalam Kitab-Kitab Syi’ah.
Antara kelebihan Rejab yang terdapat di dalam kitab-kitab Syi’ah:
روى أبان بن عثمان، عن كثير النوا عن أبي عبدالله عليه السلام قال: " إن نوحا عليه السلام ركب السفينة أول يوم من رجب فأمر عليه السلام من معه أن يصوموا ذلك اليوم، وقال: من صام ذلك اليوم تباعدت عنه النار مسيرة سنة، ومن صام سبعة أيام أغلقت عنه أبواب النيران السبعة، ومن صام ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنان الثمانية، ومن صام خمسة عشر يوما أعطي مسألته، ومن زاده زاده الله عزوجل .
Aban bin Uthman meriwayatkan daripada Kathir bin al-Nawa daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Sesungguhnya Nuh a.s. menaiki bahtera pada hari pertama Rejab lalu baginda memerintahkan orang yang menaiki bersamanya supaya berpuasa pada hari tersebut sambil berkata: “Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan dijauhkan api neraka daripadanya selama setahun perjalanan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari (bulan Rejab) akan ditutup ketujuh-tujuh pintu neraka daripadanya dan sesiapa yang berpuasa lapan hari akan dibuka kepadanya kelapan-lapan pintu syurga untuknya. Sesiapa yang berpuasa selama
وقال أبوالحسن موسى بن جعفر عليهما السلام: " رجب نهر في الجنة أشد بياضا من اللبن، وأحلى من العسل، فمن صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر ".
Abu al-Hasan Musa bin Ja’far a.s. berkata: “Rejab adalah satu sungai di dalam syurga[2] yang lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai tersebut”.[3]
وقال أبوالحسن موسى بن جعفر عليهما السلام: " رجب شهر عظيم يضاعف الله فيه الحسنات، ويمحو فيه السيئات، من صام يوما من رجب تباعدت عنه النار مسيرة سنة، ومن صام ثلاثة أيام وجبت له الجنة ".
Abu al-Hasan Musa bin Ja’far a.s. berkata: “Rejab adalah bulan agung. Allah melipat gandakan kebaikan-kebaikan padanya dan Allah menghapuskan keburukan-keburukan padanya. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab akan dijauhkan api neraka daripadanya sejauh setahun perjalanan dan sesiapa yang berpuasa selama tiga hari wajiblah syurga untuknya”.[4]
Amalan Di Bulan Rejab.
Malam-malam Rejab dihiasi dengan pelbagai amalan di sisi Syi’ah. Satu contoh sahaja akan dikemukakan di sini iaitu amalan pada malam kedua puluh tujuh:
Malam kedua puluh tujuh merupakan malam yang diberkati kerana ia adalah malam kebangkitan Nabi s.a.w. sebagai rasul. Terdapat beberapa amalan khusus pada malam ini. Diriwayatkan daripada Abi Ja’far al-Jawad a.s. katanya: “Sesungguhnya pada bulan Rejab terdapat satu malam yang paling baik untuk manusia iaitu malam kedua puluh tujuh. Orang yang beramal pada malam tersebut dari kalangan Syi’ah kita akan memperolehi pahala amalan selama enam puluh tahun”. Beliau ditanya: “Apakah amalan tersebut? Lalu dijawab: “Bila engkau telah selesai sembahyang isya’ tidurlah seketika kemudian bangunlah pada mana-mana waktu sebelum tengah malam dan sembahyanglah sebanyak dua belas raka’at. Bacalah pada setiap raka’at al-Fatihah dan surah yang ringkas”.[5]
Seterusnya dikemukakan doa untuk dibacakan selepas sembahyang tersebut.
Di antara amalan pada malam tersebut ialah:
1. Mandi sunat.
2. Berdoa sebanyak mungkin dan pohonlah apa jua hajat yang terlintas di hati kerana doa pada malam tersebut diperkenankan.
3. Ziarah atau membaca doa ziarah Amir al-Mukminin Ali bin Abi Thalib a.s. dan ini adalah amalan paling utama malam tersebut.
4. Memperbanyakkan zikir selepas tengah malam atau satu pertiga malam dengan zikir ini:
لا اِلـهَ إلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ عَلَيٌّ وَليُّ اللهِ
Di dalam kitab tersebut juga disebutkan tentang perjalanan Ibnu Bathuthah yang dinamakan Rehlah Ibnu Bathuthah dan beliau juga turut melakukan ziarah Amir al-Mukminin pada malam tersebut di Najaf.[6]
Demikian sebahagian kecil berkenaan kelebihan bulan Rejab di sisi Syi’ah yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Sebagai peringatan kepada orang yang suka untuk melakukan ibadat secara khusus pada bulan-bulan tertentu hendaklah berhati-hati sekiranya amalan tersebut tidak terdapat di dalam mana-mana riwayat sahih di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah. Apatah lagi bilamana rupa-rupanya ia terdapat dengan jelas dalam kitab muktabar golongan sesat. Kecuaian di dalam meneliti amalan-amalan tersebut dibimbangi akan menyebabkan kita beramal dengan sesuatu amalan yang merupakan kelebihan kepada golongan tertentu yang sebenarnya mahu memesongkan kita daripada amalan Islam yang sebenar yang diwarisi daripada Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya r.a.
[1] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 92, Syeikh Al-Mufid Tahzib al-Ahkam jil. 4 hal. 307. Kedua-dua kitab ini merupakan antara kitab paling sahih di sisi Syi’ah dan termasuk dalam kategori kitab yang dinamakan Sihah al-Arba’ah (empat kitab sahih).
[2] Di sisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah berdasarkan riwayat-riwayat sahih yang terdapat di dalam kitab-kitab hadith seperti Sahih al-Bukhari, Muslim dan lain-lain sungai di dalam syurga ialah al-Kauthar.
[3] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 93, Syeikh Al-Mufid Tahzib al-Ahkam jil. 4 hal. 307.
[4] Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 93
[5] Mafatih al-Jinan Bab Malam Kedua Puluh Tujuh Bulan Rejab.
Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?
Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95,
Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,