Monday, June 21, 2010

Bila Rumah Kata Pergi Kubur Kata Mari

sekadar hiasan

Al- kisahnya....


Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik peraduan yang besar, di atas katil mewah... seorang Sultan dan permaisurinya yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Sang Sultan telah mula mengantuk tapi permaisurinya terbangkit perasaan ghairah malam itu...

Si permaisuri bersuara, "Dulu-dulu tu... kanda selalu pegang tangan dinda bila kita nak tido.

Sultan dengan separuh sedar, menggenggam tangan permaisurinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si permaisuri bersuara lagi, "Kemudian tu... kanda selalu cium dinda.

Si Sultan dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi lusuh permaisurinya. Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, permaisuri bersuara lagi, "Kemudian tu... kanda selalu gigit-gigit leher dinda...

Dengan perasaan marah dan geram, sang sultan melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Permaisuri bertanya, "Kanda nak ke mana tu?"

Dengan marah Sultan menjawab,"Nak gi amik gigi...la ni"

No comments:

Post a Comment