Wednesday, June 23, 2010

Labbaikallah humma .. (Lanjutan siri 3)



Penantian Yang Belum Pasti

Semalam aku mendapat berita dr Abang Jah di Mekah... Alhamdulillah... penerbangan balik ke tanahair telah ditetapkan pada hari ini ( Rabu 23 Jun ).. dijangkakan akan tiba ke tanahair jam 11.00am Jumaat 25 Jun.. Aku telah berjanji akan menyambut kepulangan mereka di KLIA pada tarikh tersebut. Aku akan mengambil cuti pada tarikh tersebut bagi menyambut kepulangan dan seterusnya membawa mereka pulang ke kampung... Aku difahamkan juga pada Hari Ahad 27 Jun, ibuku akan mengadakan majlis kesyukuran kerana selamat pulang ke tanah air dan dipermudahkan segala urusan selama ini....
Malam tadi telah disiarkan dalam berita RTM jam 8.00mlm mengenai musibah yang melanda jemaah2 dari Malaysia yang terkandas dr pulang ke tanahiar akibat kehilangan Pass Port, termasuklah ke enam2 ahli keluargaku. Diberitakan juga hanya tinggal 35 orang shj lagi jemaah yang terkandas dari lebih 100 jemaah terlibat, kerana masalah penerbangan. Aku mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di Mekah di atas bantuan yang telah diberikan kepada ahli keluargaku sepanjang musibah ini berlaku...
Semoga apa yang dirancang dan dihajati ini akan dimakbulkan Allah s.w.t. dan mereka selamat sampai ke tanahair Insyaallah... aku berdoa semoga perjalanan pulang mereka tidak menghadapai sebarang masalah dan berjalan dengan lancar, kita hanya mampu merancang tetapi segalanya bergantung kepada ketentuanNya... Amin...

No comments:

Post a Comment