Friday, June 18, 2010

Labbaikallah humma .. (siri 2)


Hari ini 16 Jun 2010. Jam 8.00pg aku sedang bersiap2 untuk ke KLIA menjemput Ibu dan ahli keluargaku yang lain pulang dr mengerjakan umrah seperti yg tlh dijanjikan. Dijangkakan penerbangan akan tiba jam 5.00 ptg. Lebih kurang jam 8.15pg aku mendapat pangilan dr Abang Jah di Mekah... Suaranya cemas... tenggelam timbul... aku tertanya2 apa yg berlaku.. lalu aku diberitahu bhw mereka tidak dibenarkan berlepas dr airport kerana kesemua penumpang di dalam bas yg dinaiki oleh mereka telah kehilangan Pass Port... kesemua mereka terpaksa berpatah balik ke Mekah dan menuju ke Kedutaan Malaysia di Mekah utk memohon bantuan dan khidmat nasihat... difahamkan kini kesemua ahli jemaah telah dikuarantin di Kedutaan sementara menunggu proses permohonan Pass Port baru... aku difahamkan hari Jumaat, pejabat di Mekah bercuti.. terpaksa menunggu sehingga ke hari Sabtu utk berurusan....

Entahlah... bagaimana nasib mereka sekarang dan bilakah segalanya akan selesai... aku hnya mampu menyerahkan segalanya kepada takdir... cuma apa yang aku kesalkan ialah sikap dan kelalaian Ejen yg bertanggungjwb meguruskan pakej umrah mereka... kerana kelalaian Ejen inilah menyebabkan kesemua ahli jemaah mereka kehilangan Pas Port tersebut... sekarang sudh masuk hari ke empat mereka dikuarantin... tentu berbagai kesukaran yg telah bnyk mereka lalui... aku hanya mampu berdoa semoga Allah mempermudahkan semua urusan mereka utk pulang semula ke tanah air... dan semoga semuanya dapat bersabar dengan dugaan ini.. mungkin ada hikmah di sebaliknya... Amin...

No comments:

Post a Comment